Posts

Showing posts from September, 2013

SECALIT KOPI CUMA

Jubah putihku ... Terpalit sedikit kopi ... Aku cuai ... ke sungai ... dengan air mutlak itu pulang pulih... sediakala.

TAHU

Image
Ya Tuhan ... Kau Maha mengetahui segala sesuatu... (1) Surah AlMaa’idah. Ayat 007. Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (2) Surah Faatir. Ayat 038. Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (3) Surah AtTaghabun. Ayat 004. Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (4) Surah AlAnfaal. Ayat 043. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya dan kalaulah Dia perlihatk

Satu satu

1 yang satu 2 kalimah 3 bertiga-tiga 4 sahabat 5 tiang 6 nekad 7 yang nyata 8 Allahu akbar ! 9 9 namaNya 10 kembali kepada yang satu