MUSAFIR KELANA
Sang musafir berkelana ... membawa permata dalam jiwa untuk di serah kepada hak empunya hak... 40 tahun berkelana banyak aku keakuan dijumpainya masing-masing mengaku hak empunya hak namun permata tak diberi sebarangan kerana sipengaku tiada tanda tanda hanya ada pada dia... setelah dipertemu yang hak empunya hak ... hairan takjub si berkelana adakah ia benar-benar wujud sekian lama tiada temunya ini malaikatkah atau manusia... Setelah nyata dipenyata... Jelaslah akan soheh akan benarnya Namun takdir Allah yang Maha kuasa Sipenerima tidak mengakui bahawa permata itu miliknya usah mengarut mereka ceritera urusan tuan, urusan tuan urusan hamba, urusan hamba Tidak mengapa, tiada mengapa Hamba faham duduk perkara Permata hamba simpan kemas sampai ketikanya berpisah nyawa dari badan berpisah roh dari jasad berpisah batil dari hak kuserah kepadamu Tuhan permata kugilap setiap masa sebagai tanda syukurku kepadaMu walau dapat bertemu walau seketika ia bukan ilusi tapi nyata dirimu hak yang em