ROH...


MS 47
Kisah mimpi Murrah Al Hamdani dan Uwais Al Qarani .

Adalah Murrah al Hamdani terlalu banyak sujudnya di dalam solat sehingga dahinya melecet dek makan tanah.  Apabila dia meninggal dunia, salah seorang daripada keluarganya bermimpikannya dan melihat seolah2 tempat sujudnya itu macam bintang gemintang yang berkilau kilauan .  Maka dia bertanya kepada Murrah Al Hamdani: Apa bekas yang kulihat di wajahmu itu?  Jawabnya: Allah telah mengalaskan tempat sujud yang dimakan tanah itu dengan cahaya.  Kemudian aku bertanya pula: Di mana tempatmu di akhirat nanti?  Jawabnya, sebaik baik tempat, dan seindah indah rumah , yang apabila dimasuki oleh ahlinya , mereka tiada akan keluar lagi.  dan mereka tiada akan mati lagi.

             Berkata Abu Ya’kub Al-Qari: Aku bermimpi melihat seorang lelaki tinggi berwarna hitam manis, sedang ramai orang yang mengikutinya, maka aku bertanya: Siapa orang ini? Mereka menjawab: Ini ialah Uwais Al-Qaran! maka segera aku mengikutinya juga, lalu berkata kepadanya: Berilah aku suatu pesanan! Moga moga Allah merahmatimu! Dia lalu mengerutkan wajahnya kepadaku, seolah olah dia meminta penerangan lanjut.  Maka aku segera mengatakan kepadanya lagi: Aku meminta petunjuk , moga moga Allah merahmatimu!  Maka barulah dia menoleh kepadaku semula seraya berkata: Carilah rahmat Allah ketika kau mencintainya, dan hindarkanlah kemurkaanNya ketika kau bermaksiat terhadapNya, dan jangan sekali kali kau putuskan harapanmu daripada belas kasihanNya pada ketika itu. Kemudian diapun pergi meninggalkanku.

             Berkata Ibnu Sammak:  Aku telah bermimpi melihat Mis'ar, lalu aku berkata kepadanya: Amalan yang mana satu yang kau dapati dia lebih utama? Jawabnya: Majlis-majlis zikir!

             Berkara Al-Ajlah: Saya bermimpi melihat Salamah bin Kuhail , lalu saya bertanya kepadanya: Amalan yang mana satu yang kau dapati dia lebih utama? Jawabnya: Bangun beribadat di tengah malam!

             Berkata Abu Bakar bin Abu Maryam: Saya bermimpi melihat Wafa' bin Bisyr sesudah dia meninggal dunia, maka aku bertanya kepadanya: Apa yang sudah berlaku kepadamu?  Jawabnya: Aku telah terselamat, setelah aku menghadapi berbagai-bagai kesulitan.  Tanyaku lagi: Amalan yang bagaimana yang kau dapati dia lebih utama? Jawabnya: Menangis kerana takut kepada Allah azzawajalla.



Comments

Popular posts from this blog

PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (20 sifat Allah Taala)